Penerbitan Baik Punya Ah Long

Selepas filem Papadom 2 arahannya ditayangkan, Afdlin memutuskan untuk bersara dari kerusi pengarah. Bagaimanapun pada September 2020, beliau mengumumkan bahawa akan kembali mengarah filem terbaharu bagi memenuhi janjinya kepada Din Beramboi yang meninggal dunia pada April 2010 akibat demam denggi berdarah.[3]

Alumni Raja Lawak Astro musim pertama, Zizan Razak dan Johan kembali digandingkan dalam filem ini. Kali terakhir mereka digandingkan bersama ialah pada 2012 menerusi filem Uncle Usin.[4] Pra-produksi dimulakan pada 2013 dengan penggambaran dijalankan pada hujung 2020.[5]